Usung Tilam Protes Serangan Seksual

Diterbitkan: Ahad, 7 September 2014 11:13 AM

Emma mengusung tilam ke mana sahaja dia pergi sebagai tanda protes akibat dirogol tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

COLUMBIA: Seorang siswi jurusan seni visual membawa tilamnya ke mana saja di universiti tempat dia belajar sebagai protes selepas dirogol sebaik diterima belajar tahun lalu.

Emma Sulkowicz, 21, berkata, dia akan terus berbuat begitu sehingga perogolnya ditangkap dan disingkir dari universiti berkenaan.

Aksi membawa tilam itu adalah sebahagian daripada tesisnya yang berjudul 'Mattress Performance: Carry That Weight.


“Sepanjang tahun lalu masa saya diisi dengan bercerita kepada orang ramai mengenai pengalaman yang dialami di ruang paling peribadi saya,” katanya.

Emma berkata, dia diperkosa di asramanya pada malam kedua di Universiti Columbia tahun lalu.

“Sejak itu saya berasa seperti menanggung beban setiap masa akibat kejadian itu,” katanya.

Beberapa bulan selepas menjadi mangsa serangan seksual, Emma membuat aduan kepada pihak pentadbiran universiti, namun kes berkenaan ditutup kerana suspek dikatakan tidak bertanggungjawab atas kejadian berkenaan.




Namun Emma bukanlah satu-satunya mangsa serangan lelaki terbabit.

Aduan Emma adalah satu daripada tiga laporan dibuat siswa berasingan terhadap penuntut lelaki tersebut.

Walaupun Emma merayu atas keputusan universiti, ia ditolak dan suspek dibebaskan.

Sejak itu Emma membawa tilam menggunakan label sama seperti dibekalkan syarikat pembekal kepada universiti berkenaan.

Tindakannya itu mendapat sokongan profesornya, Jon Kessler, yang berkata, protes seni itu adalah signifikan dan menjadi simbol yang memberi kesan besar.

Ia juga disokong  kumpulan aktivis mahasiswa yang berasa tindakan Emma dapat meningkatkan kesedaran supaya pihak universiti lebih serius menangani isu serangan seksual di pusat pengajian berkenaan. 

Tags / Kata Kunci: tilam , rogol , Universiti Colombia

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan