Pelarian Perang Vietnam Jadi Gabenor Australia

Diterbitkan: Khamis, 4 September 2014 7:47 PM

Hieu Van Lee kini bergelar Gabenor.

(Ubah saiz teks)

ADELAIDE: Bekas pelarian Vietnam, Hieu Van Le mengangkat sumpah sebagai Gabenor Australia Selatan dalam sebuah majlis resmi di Pusat Konvensyen Adelaide, Rabu.


Hieu tiba di Darwin dengan kapal pada 1977 dan kini menjadi imigran Asia pertama dilantik sebagai gabenor di Australia.

Ketika berucap di majlis pelantikannya itu, Hieu berkata, ia adalah pengiktirafan kepada seluruh imigran asing dan pelarian, serta keluarga dan keturunannya yang bersama-sama membangunkan Australia Selatan sehingga menjadi apa yang ada pada hari ini.

"Australia Selatan adalah satu daripada tempat terbaik di dunia," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia Selatan, Jay Weatherill berkata, semalam adalah detik bersejarah untuk negeri itu kerana pelantikan Hieu menunjukkan kemampuan individu keturunan Asia menjawat jawatan penting dalam kerajaan.

Kata Weatherill, Hieu adalah sosok tokoh luar biasa yang memberi banyak sumbangan penting sejak tiba dari Vietnam yang ketika itu dilanda perang.

“Pelantikan ini bukan sekadar bukti penerimaan, sebaliknya menjadi lambang perjuangan luar biasa seorang lelaki," katanya.

Sebelum menjadi gabenor Hieu adalah pembantu gabenor serta Ketua Jawatankuasa Hubungan Antara Budaya dan Etnis Australia Selatan.

Selepas mendapat ijazah dalam bidang ekonomi di Universiti Adelaide, dia bekerja di sektor kewangan dan perniagaan.

Dalam ucapannya Hieu bercerita mengenai sejarah panjang Australia Selatan dan kemampuannya berperanan besar menyumbang kepada negara secara keseluruhan.

“Kini adalah saat bagi kita mengakui bahwa kita memiliki kemampuan sekaligus menanggung seluruh tanggung jawab yang timbul,” katanya.


Tags / Kata Kunci: Vietnam , Gabenor Australia Selatan

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan