Ratu Cantik Enggan Pulangkan Mahkota - Berita Dunia | mStar

Ratu Cantik Enggan Pulangkan Mahkota

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 9:07 PM

May Myat Noe.

(Ubah saiz teks)

YANGON: Ratu Cantik Myanmar yang ditarik balik gelarannya enggan memulangkan mahkota bernilai $100,000 (RM316,000) sehingga penganjur pertandingan itu meminta maaf kerana menggelar dirinya sebagai penipu dan pencuri.

Pemenang Ratu Asia Pasifik Dunia 2014, May Myat Noe, menegaskan dalam satu sidang media pada Isnin bahawa dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

Noe menafikan melakukan pembedahan membesarkan payu dara, seperti didakwa pengarah media bagi pertandingan di Korea Selatan itu, David Kim.

Katanya, pembedahan disediakan secara percuma untuk membantu meningkatkan kemasyhuran Noe.

Kim berkata, gelaran remaja berkenaan ditarik balik kerana beliau tidak jujur dan tidak berterima kasih dan melarikan diri dengan mahkota itu.

Noe berkata, beliau menaiki pesawat kembali ke Myanmar tanpa menyedari gelarannya sudah ditarik balik. 

Tags / Kata Kunci: May Myat Noe , ratu cantik myanmar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan