Avtar Pemakai Serban Terberat Di Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 10:47 AM

(Ubah saiz teks)

SESETENGAH orang tampil mengejutkan dunia dengan membawa bebanan terberat di bahu tetapi berbeza pula dengan Avtar Singh Mauni.

Beliau memakai serban terberat dan bersaiz besar.

Lelaki berbangsa Sikh yang berusia 60 tahun itu memakai serban berukuran 645 meter panjang yang menyamai saiz sebuah kolam renang untuk Sukan Olimpik.

Avtar mengakui memakai serban tersebut sejak 16 tahun lalu dan proses memakainya mengambil masa selama enam jam.

 

Lebih mengejutkan, serban itu turut ditambah dengan beberapa aksesori seberat 871 paun.

"Saya tidak menyifatkan ia sebagai satu bebanan. Saya sentiasa gembira apabila memakainya," kata Avtar.

Ada suatu ketika beliau merasakan dirinya tidak lengkap tanpa memakai serban tersebut.

Avtar akan bergerak di sekitar wilayah Punjab menggunakan sebuah motosikal kerana pemakaian serban itu menyukarkannya untuk memandu kereta.

Jelasnya, pemakaian serban mengingatkan kepada golongan muda berbangsa Sikh bahawa tindakan tersebut adalah satu tanggungjawab yang mulia.


Tags / Kata Kunci: serban , Sikh , punjab

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan