43 Anggota Keamanan PBB Ditawan Kumpulan Bersenjata Syria

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 9:34 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Kumpulan bersenjata Syria yang sebahagiannya dikaitkan dengan rangkaian Al-Qaeda, menahan 43 anggota tentera misi keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bukit Golan, pada Jumaat.

Seramai 81 yang lain masih terkepung.

Anggota misi keamanan seramai 43 yang ditahan itu adalah dari Fiji yang dipaksa meletakkan senjata sebelum dijadikan tebusan berdekatan laluan sempadan Quneitra.

Bagaimanapun 81 anggota pasukan Filipina yang memakai topi keledar biru masih bertahan di kubu mereka dan enggan menyerahkan senjata, demikian menurut Jabatan Pertahanan Filipina.

"Ini menyebabkan keadaan tegang ketika ini dan pegawai PBB masih cuba menyelesaikan keadaan ini secara aman," menurut kenyataan tersebut.

Pemberontak Syria termasuk pejuang rangkaian Al-Qaeda, Barisan Bertindak Al-Nusra menggempur masuk ke sempadan Quneitra, pada Khamis sehingga menyebabkan berlakunya insiden tembak-menembak dengan askar Israel.

Quneitra satu-satunya pintu laluan sempadan antara Syria dan Israel yang dibuka serta menjadi laluan strategik.

Susulan itu, Majlis Keselamatan PBB mengutuk keras penahanan 43 anggota keamanan itu dan kepungan terhadap 81 lagi anggota badan itu oleh kumpulan pengganas dan kumpulan bersenjata Syria.

Majlis Keselamatan PBB menuntut agar mereka yang ditahan itu dibebaskan tanpa syarat dan menyeru negara yang berpengaruh agar membantu pembebasan mereka.

Seramai 81 askar Filipina itu kini terkepung berdekatan Ruwayhinah dan Burayqah, manakala askar Fiji dilaporkan dibawa ke selatan yang menjadi zon penampan, demikian menurut pegawai PBB. 

Tags / Kata Kunci: PBB , Syria , Al-Qaeda , Bukit Golan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan