Pakar Bedah Ketagih Seks Dihantar Pulang Ke Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 9:38 AM

Dr Suresh Nair di luar mahkamah, tahun lalu. -foto The Daily Telegraph

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dr Suresh Nair, pakar bedah saraf yang mengalami ketagihan seks dan bertanggungjawab terhadap kematian dua orang pelacur, telah dihantar pulang ke Malaysia.

The Daily Telegraph mendedahkan bahawa Menteri Imigresen Australia Scott Morrison telah mengarahkan penghantaran pulang Dr Nair yang telah menjalani hukuman penjara empat tahun kerana membunuh dan membekalkan kokain selepas dibebaskan di bawah sistem parol pada 31 Julai. 

Menurut laporan itu, dia meninggalkan Australia pada Selasa. 

Doktor kelahiran Malaysia, yang mempunyai taraf penduduk tetap Australia, telah dibenarkan untuk terus bekerja di sebuah hospital swasta di Sydney walaupun ketagihan kokain dan seks.

Ini menyebabkan beberapa pembedahan mengganggu tugasnya, yang mengakibatkan keadaan beberapa pesakitnya menjadi bertambah teruk.

Nair dipenjara pada tahun 2011 kerana  membunuh pelacur berusia 22 tahun, Domingues Zaupa, yang mengambil kokain berlebihan semasa pesta di sebuah apartmen mewah pakar bedah itu di Sydney pada tahun 2009.

Dia juga mengaku bersalah membekalkan kokain, yang mengorbankan pelacur Victoria McIntyre, 23, di apartmennya.

Tags / Kata Kunci: Dr Suresh Nair , pakar bedah , kokain

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan