Hidup Semula Selepas Dua Jam 'Mati'

Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 10:42 AM

Goncalves hidup semula selepas dua jam disahkan meninggal dunia.

(Ubah saiz teks)

SALVADOR (BRAZIL): Selepas dua jam disahkan meninggal dunia akibat masalah pernafasan dan kegagalan organ berfungsi, 'mayat' lelaki berkenaan tiba-tiba bergerak.

Insiden itu berlaku ketika adik lelaki berkenaan memasuki bilik mayat sebuah hospital di sini untuk membuat persiapan upacara pengebumian abangnya, Valdelucio Goncalves.

Adik Goncalves, Walterio terkejut ketika mendekati beg mayat abangnya dan ia didapati bergerak, seolah-olah abangnya bernafas.

“Saya terus memanggil jururawat yang kemudian membuka beg itu dan mendapati abang saya masih hidup,” katanya.

Terdahulu, keluarganya dimaklumkan mengenai kematian lelaki berusia 54 tahun itu sebelum mayatnya dihantar ke bilik mayat hospital di Salvador, timur laut Brazil. 




Tags / Kata Kunci: Salvador , Valdelucio Goncalves

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan