6 Pegawai Polis Dipenjara Kerana Cuba Bunuh Presiden Ecuador

Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 10:14 AM

Presiden Ecuador, Rafael Correa. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

QUITO: Hakim Ecuador menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap enam pegawai polis yang cuba membunuh Presiden negara itu, Rafael Correa semasa pemberontakan berlaku pada 2010.

Konflik berdarah itu mengakibatkan 10 orang terbunuh dan 274 cedera.

Ia berlaku apabila satu pemberontakan polis yang berpunca daripada potongan bonus di mana sekumpulan pegawai polis yang mengadakan protes itu mengepung Correa selama 12 jam di dalam sebuah hospital ketika pemimpin itu mahu mendapatkan perlindungan.

Insiden itu menyebabkan pengawal peribadinya terbunuh. Kenderaan berperisainya turut diserang tetapi beliau berjaya diselamatkan oleh unit penyelamat elit.

Kesemua pegawai polis disabitkan bersalah pada Ogos. Sehingga kini, seramai 40 orang disabitkan bersalah terlibat dalam pemberontakan itu.

Ketika konflik berlaku, Correa menjadi pemimpin melalui parti sosialis sejak 2007, mempersalahkan pemberontakan para penyokong Lucio Gutierrez, seorang bekas kolonel tentera yang merupakan presiden negara itu dari 2003 hingga 2005, dan mendakwa bahawa polis yang melakukan pemberontakan mahu mengadakan rampasan kuasa. - AFP

Tags / Kata Kunci: Rafael Correa

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan