Malaysia Kekal Destinasi No.1 Bagi Pekerja Migran Nepal

Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 11:53 PM

(Ubah saiz teks)

KATHMANDU: Malaysia kekal menjadi negara nombor satu yang menarik minat pekerja migran Nepal diikuti oleh Qatar, dari segi jumlah, sepanjang tahun lepas, kata Jabatan Tenaga Kerja Nepal.

"Sebelum ini Malaysia dan negara-negara Teluk merupakan destinasi utama bagi pekerja Nepal dalam tahun fiskal 2013-14," kata Jabatan Tenaga Kerja dalam kenyataan akhbar.

Tahun fiskal baru Nepal bermula pertengahan Julai.

Jabatan itu meluluskan 214,270 permohonan untuk bekerja di Malaysia sepanjang tahun lepas, iaitu 36.7 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, kata jabatan itu.

Malaysia menyerap 40.6 peratus daripada jumlah pekerja migran Nepal bekerja di seberang laut sepanjang tahun lepas manakala kerajaan Nepal meluluskan 156,770 permohonan pekerja untuk bekerja di Malaysia dalam tahun fiskal sebelum ini (2012-13).

Sejumlah 527,814 pekerja Nepal mendapat kebenaran bekerja di seberang laut semasa tahun fiskal 2013-14 dengan Malaysia menjadi negara utama. Qatar menjadi destinasi utama kedua bagi pekerja migran Nepal. 

Sejumlah 125,170 pekerja mendapat kebenaran kerajaan untuk pergi ke Qatar sebagai pekerja migran, iaitu 37.6 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, kata kenyataan itu.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait, masing-masing adalah destinasi utama yang ketiga, keempat dan kelima bagi pekerja migran Nepal. Bahrain, Oman, Korea Selatan, Jepun dan Lubnan adalah negara-negara lain yang menyerap sejumlah besar pekerja migran Nepal sepanjang tahun lepas.

Kiriman wang daripada pekerja migran Nepal di seberang laut menjadi sumber utama pendapatan mata wang asing. Menurut Nepal Rastra Bank, bank pusat Nepal, negara itu menerima purata 1.49 bilion Rupee Nepal (US$14.9 juta) sebagai pendapatan kiriman wang setiap hari dan Rs543.29 bilion (US$5.43 bilion) setiap tahun dalam tahun fiskal 2013/14.

Kiriman wang meningkat di Nepal berikutan jumlah pekerja Nepal meninggalkan negara itu untuk mendapatkan pekerjaan di seberang laut meningkat dengan ketara, kata bank pusat itu dalam laporan ekonomi mikro yang dikeluarkan baru-baru ini.


Tags / Kata Kunci: Nepal , Malaysia

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan