Kerajaan Perancis Rombak Kabinet Kali Kedua Dalam 5 Bulan

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 8:38 PM

PM Perancsi, Manuel Valls

(Ubah saiz teks)

PARIS: Perancis kini dilanda ketidaktentuan politik selepas Presiden Francois Hollande mengarahkan perdana menterinya supaya membentuk kabinet dan kerajaan baru.

Ia adalah perintah pembentukan kabinet baru yang kedua dalam tempoh lima bulan yang menyaksikan kerajaan sosialis itu bergelut dengan kelembapan ekonomi dan ketidakpastian tentang cara untuk mengurangkan pengangguran.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri, Manuel Valls telah mengemukakan surat perletakan jawatan semua anggota kabinetnya - bagi membolehkannya membentuk sebuah kerajaan baru menjelang Selasa.

"Ketua negara (presiden) telah mengarahkan perdana menteri agar membentuk sebuah kerajaan yang konsisten dengan arah tuju yang beliau (presiden) sendiri telah tentukan untuk negara ini," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh istana presiden pada Isnin.

Hollande tidak menyatakan sebab mengapa arahan tersebut dikeluarkan tetapi adalah dipercayai ia dilakukan setelah Menteri Ekonomi, Arnaud Montebourg mencemuh arah tuju pelan ekonomi Perancis yang baru serta mengkritik sikap Jerman sekaligus mencetuskan kemarahan kerajaan.

Montebourg menyatakan demikian dalam satu temuramah dengan akhbar berpengaruh, Le Monde yang disiarkan Sabtu lalu.

Tidak cukup dengan itu, dalam satu ucapan yang disampaikannya pada Ahad pula, Montebourg menegaskan yang beliau telah meminta Hollande dan Valls melakukan rombakan besar-besaran ke atas polisi ekonomi negara itu.

"Memandangkan betapa seriusnya situasi ekonomi negara kita sekarang, maka menteri ekonomi bertanggungjawab untuk menawarkan jalan keluar  alternatif," ujarnya.

Arahan terbaru ini telah mendorong parti berhaluan kanan yang diketuai oleh Marine Le Pen mendesak agar Dewan Rakyat dibubarkan bagi memperolehi mandat baru daripada rakyat.

Sementara belum lagi jelas sama ada Montebourg akan terus dikekalkan dalam kabinet baru nanti, para pemerhati politik melihat rombakan kabinet itu adalah untuk mengenepikan beliau.

Valls yang telah pun berikrar yang beliau tidak lagi akan bertoleransi dengan mana-mana anggota kabinet yang menentang arus, telah mengadakan pertemuan dengan semua menterinya sebelum mengemukakan surat pembubaran kerajaannya.

Menteri ekonomi berusia 51 tahun itu bukanlah seorang yang asing dalam kontrovesi.

Sebelum ini beliau mengkritik Jerman kerana menjadi punca penutupan begitu banyak kilang di Perancis.

Montebourg menjadi menteri ekonomi pada April dan sering kali bertelagah Menteri Kewangan, Michel Sapin.

Ketika beliau menyandang jawatan menteri perindustrian, Montebourg pernah melabel CEO syarikat pengeluaran tayar, Titan sebagai "ektremis" selepas dia (CEO berkenaan) mengkritik para pekerja Perancis sebagai pemalas.

Beliau juga berbalah dengan syarikat keluli ArcelorMittal kerana menutup kilang besi negara itu.

Hollande dan Valls percaya, rancangan mereka untuk mengurangkan cukai perniagaan sehingga 40 bilion euro (AS$55 billion) sebagai 'pertukaran' kepada aku janji daripada syarikat-syarikat gergasi yang mereka akan menawarkan 500,000 peluang pekerjaan baru dalam tempoh tiga tahun akan mampu mengatasi kegawatan ekonomi negara tersebut.

Menurut rancangan Hollande, pemotongan daripada kutipan cukai itu boleh di ofset dengan mengurangkan sehingga 50 bilion euro dalam perbelanjaan kerajaan tetapi rancangan itu mendapat tentangan daripada pemimpin-pemimpin parti termasuklah Montebourg yang percaya bahawa fokus harus ditumpukan kepada pengurangan cukai pendapatan untuk mengembalikan kuasa berbelanja konsumer.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan