Iran Ikrar Akan Terus Bekalkan Hamas Dengan Roket

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 9:09 PM

Ayatollah Ali Khamenei

(Ubah saiz teks)

TAHERAN: Kerajaan Iran berikrar yang mereka akan terus membekalkan senjata serta roket kepada Hamas bagi menentang Israel sebagai langkah membalas dendam ekoran tindakan Israel mengintip negara itu menggunakan pesawat drone.

Pesawat tanpa pemandu itu yang digunakan untuk merakam gambar telah ditembak jatuh oleh tentera Iran.

Iran, yang sehingga ke hari ini tidak mengiktiraf kewujudan Israel, mengesahkan yang mereka sebelum ini bertanggungjawab membekalkan teknologi membuat roket dan roket kepada Hamas.

Sejak 8 Julai lalu, Hamas tanpa henti telah mensasarkan tidak kurang dari 3,000 roket ke arah wilayah Israel sekaligus mencetuskan tindak balas yang serupa daripada Israel.

"Kini kami akan mempercepatkan lagi bekalan roket kepada Hamas dan pejuang-pejuang jihad menentang keganasan Israel," kata Jeneral Amir-Ali Hajizadeh, komander angkatan udara kepada pasukan elit Iran, Pengawal Revolusi.

Bulan lalu, pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei menggesa negara-negara Islam membantu Hamas dengan bekalan senjata untuk membantu mereka mempertahankan diri daripada tindakan pembunuhan beramai-ramai oleh regim Israel ke atas penduduk awam Gaza.

Jumlah kematian di Gaza dalam tempoh lebih sebulan ini telah meningkat kepada 2,124 orang manakala Israel pula 68 orang, kebanyakannya tentera.

Iran mendakwa bahawa mereka telah menembak jatuh pesawat drone Israel "Hermes" yang kalis radar di kawasan sekitar Pusat Uranium Natanz di tengah Iran.


Tags / Kata Kunci: Iran , Israel , Ayatollah Ali Khamenei

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan