Tanah Runtuh Hiroshima Catat Angka Korban Ke-43 - Berita Dunia | mStar

Tanah Runtuh Hiroshima Catat Angka Korban Ke-43

Diterbitkan: Jumaat, 22 Ogos 2014 11:15 AM

Pasukan mencari cuba mengesan mereka yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Hiroshima, barat Jepun. Pihak berkuasa mengesahkan sekurang-kurang 43 orang terkorban setakat ini. - Foto EPA.

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Hujan lebat yang melanda barat Jepun pada Khamis, memaksa pasukan penyelamat terpaksa menghentikan operasi mencari menyelamat akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku di pinggir bandar Hiroshima.

Jumlah angka korban terkini yang dicatatkan meningkat kepada 43 orang.

Kira-kira 2,700 anggota pasukan penyelamat termasuk lebih 6,000 tentera terpaksa menghentikan operasi pencarian selepas hujan turun dengan lebat dan pihak berkuasa menasihati orang ramai supaya berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

Pihak berkuasa berkata, beratus-ratus penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara di Hiroshima. 

Kejadian tanah runtuh tersebut menyebabkan lapan rumah musnah, manakala 40 kediaman lagi ranap.

Tags / Kata Kunci: tanah runtuh , Hiroshima
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan