Victoria Beckham Sahut Cabaran Mandian Ais

Diterbitkan: Jumaat, 22 Ogos 2014 12:37 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS penyanyi kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham menyahut cabaran mandian ais atau lebih dikenali sebagai ALS Ice Bucket Challenge.

Victoria yang melutut di hadapan kolam renang menyempurnakan cabaran itu disamping suaminya, David dan tiga orang anak lelakinya, Brooklyn, Romeo dan Cruz.

Beliau menerima cabaran daripada rakan artis, Eva Longoria.

Victoria kemudiannya menamakan Tom Ford, Katie Holmes dan anaknya, Cruz untuk menyahut cabaran itu.

Cabaran mandian ais yang diadakan sempena kempen kesedaran terhadap penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS) atau lebih dikenali sebagai Penyakit Lou Gehrig sudahpun menjadi viral di seluruh dunia.

Menurut laman web Persatuan ALS, ALS adalah sejenis penyakit progresif neurodegenerative yang menjejaskan sel-sel saraf di dalam otak dan saraf tunjang.

Dalam cabaran ini, setiap peserta akan mencurahkan air ais ke badan diri sendiri dan menderma AS$10 (RM32) atau menderma AS$100 (RM320) jika mereka gagal untuk menyahut cabaran dalam tempoh masa 24 jam.

Selain Victoria, beberapa orang kenamaan termasuk Presiden George W.Bush,  pengasas microsoft Bill Gates dan editor majalah Vogue, Anna Wintour turut menyahut cabaran tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan