Jen Prayuth PM Baharu Thailand

Diterbitkan: Khamis, 21 Ogos 2014 5:07 PM

Jen Prayuth Chan-ocha.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Panglima tentera, yang juga ketua junta tentera, Jen Prayuth Chan-ocha secara rasmi dipilih sebagai perdana menteri Thailand ke-29 pada Khamis.

Prayuth, yang dijadualkan bersara sebagai panglima tentera akhir September ini, memang disebut-sebut akan menyandang jawatan itu, lebih-lebih memandangkan beliau telah menjalankan tugas sebagai perdana menteri sejak mengetuai rampasan kuasa pada 22 Mei.

Menurut satu pengumuman pada Khamis, dalam pengundian yang melibatkan anggota Dewan Undangan Negara (NLA), 191 menyokong, tiga berkecuali dan seorang tidak hadir kerana cuti sakit.

Seseorang calon hanya perlu mendapat sokongan majoriti mudah di dewan itu untuk menyandang jawatan perdana menteri.

Prayuth adalah calon tunggal bagi jawatan itu dalam sesi pengundian yang bermula pada 10 pagi dan dipengerusikan presiden NLA Pornpetch Wichitcholchai. 

Bagaimanapun, Prayuth tidak menghadirinya kerana berada di Chon Buri (kira-kira satu setengah jam perjalanan dengan kereta dari Bangkok) untuk menghadiri satu upacara tentera.

Tugas utama beliau sebagai perdana menteri ialah melakasanakan perubahan bagi membolehkan Thailand kembali kepada pemerintahan demokrasi dan rekonsiliasi nasional berikutan keadaan berpecah-belah yang masih mencengkam negara ini.

Prayuth juga bertanggungjawab mengambil langkah ke arah merangsang pertumbuhan ekonomi Thailand, yang dijangka berkembang pada kadar rendah tahun ini.

Thailand mencatat pertumbuhan hanya 0.4 peratus pada suku kedua setelah menguncup 0.5 peratus pada suku pertama dan mengalami penguncupan keseluruhan sebanyak 0.1 peratus pada separuh pertama tahun ini.

Negara ini dijangka mencatat pertumbuhan hingga 2.0 peratus pada tahun ini berikutan pemulihan keyakinan masyarakat peniaga secara beransur-ansur serta langkah yang diambil kerajaan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.

Perbalahan politik menjadi punca berlakunya rampasan kuasa dan tersingkirnya Yingluck Shinawatra sebagai perdana menteri sebelum ini.

Langkah untuk menamatkan pepecahan di Thailand akan dilaksanakan Majlis Pembaharuan Nasional (NRC), tetapi menurut akhbar harian berbahasa Inggeris, The Nation, minat untuk menganggotai majlis itu tidak begitu menggalakkan.

Kata akhbar itu, setakat Rabu, hanya 999 orang dicalonkan untuk menganggotai NRC, jauh daripada 3,000 pencalonan yang dianggarkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Tarikh tutup pencalonan bagi mengisi 250 kerusi dalam NRC ialah 2 September.

Akhbar itu berkata dua parti politik terbesar Thailand, Pheu Thai, yang memerintah negara ini sebelum berlaku rampasan kuasa, dan Democrat, kumpulan pembangkang terbesar ketika itu, enggan menganggotai majlis tersebut.


Tags / Kata Kunci: PM , Thailand , Jen Prayuth Chan-ocha

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan