Kiev Dakwa Pemberontak Bunuh Ramai Orang Awam Keluar Dari Kawasan Konflik - Berita Dunia | mStar

Kiev Dakwa Pemberontak Bunuh Ramai Orang Awam Keluar Dari Kawasan Konflik

Diterbitkan: Isnin, 18 Ogos 2014 6:19 PM

Seorang anggota bomba memadamkan api di pinggir bandar Donetsk selepas satu serangan pada Ahad. Tentera Ukraine kini meneruskan perjuangan ke kubu pemberontak pro-Rusia berikutan dakwaan pelancar roket dari Rusia digunakan oleh puak itu. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

KIEV: Kiev pada Isnin mendakwa pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine membunuh 'ramai' orang awam yang cuba meninggalkan kawasan bergolak itu dengan mengadakan serangan menggunakan kelengkapan yang disediakan oleh Moscow.

"Kumpulan militan melakukan tembakan terhadap satu konvoi orang awam yang cuba menyelamatkan diri dari kawasan konflik tidak jauh dari Lugansk... menggunakan pelancar roket Grad dan senjata mortar yang diberikan oleh Rusia," kata jurucakap keselamatan Kiev, Andriy Lysenko.

"Ramai yang maut, termasuk wanita dan kanak-kanak." - AFP

Tags / Kata Kunci: Kiev , timur Ukraine

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan