Negeri Missouri Di AS Arah Pengawal Kebangsaan Ambil Alih Bandar Ferguson

Diterbitkan: Isnin, 18 Ogos 2014 7:07 PM

Mendiang Michael Brown - mangsa tembakan yang mencetuskan huru-hara dan pertelingkahan di sebuah bandar di Amerika Syarikat.

(Ubah saiz teks)

FERGUSON (AS): Gabenor Missouri, pada Isnin secara rasminya memohon campur tangan pasukan Pengawal Kebangsaan iaitu pasukan tentera rezab kebangsaan untuk mengembalikan keamanan di bandar bergolak Ferguson, beberapa jam selepas pihak polis tempatan bertempur dengan penunjuk perasaan yang enggan mematuhi arahan berkurung.

Tunjuk perasaan itu diadakan ekoran protes di atas kematian seorang remaja kulit hitam yang ditembak mati dengan enam kesan tembusan peluru di badan dan kepalanya oleh seorang anggota polis berkulit putih pada 9 Ogos lalu.

Remaja yang ditembak mati itu, Michael Brown, 18, pada mulanya adalah seorang suspek rompakan tetapi selepas dia mati ditembak, pihak berkuasa tidak menemui sebarang senjata berbahaya bersamanya.

Majoriti penduduk bandar ini adalah dari etnik Afrika Amerika.

Sejak insiden malang itu, bandar ini dibelenggu dengan keganasan dan protes yang bertukar menjadi isu perkauman.

Dengan perintah yang dikeluarkan oleh Gabenor Jay Nixon itu, pasukan Pengawal Kebangsaan akan mengambil alih segala aspek keselamatan dan kawalan di bandar dan daerah yang berdekatan dengannya sehingga keadaan kembali aman dan normal.

Pihak berkuasa berkata, dalam situasi huru-hara dan protes itu, pasukan polis telah diancam dengan molotof koktil, tembakan, vandalisma dan juga anarki.

Terdapat kedai dan tempat awam yang dipecah masuk dan dijarah sesuka hati sehingga mencetuskan suasana tidak terkawal lagi.

Antara yang turut menjadi mangsa serangan dan penjarahan ialah Restoran McDonald serta Domino Pizza.

Dalam pada itu, Peguam Negara Amerika, Eric Holder yang telah memberi taklimat terperinci akan insiden itu kepada Presiden Barack Obama turut mengarahkan satu lagi autopsi dijalankan ke atas mayat Brown.

"Tetapi matlamat utama kita ialah untuk memastikan penduduk di Ferguson berada dalam keadaan yang selamat, aman bebas daripada huru-hara dan yang lebih penting ialah untuk mengembalikan semula undang-undang serta keadilan dilaksanakan," katanya.

Ejen-ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kini mula mengambil alih siasatan berhubung kes tersebut daripada polis tempatan atas arahan peguam negara.

Dalam sistem pentadbiran Amerika Syarikat, FBI adalah agensi di bawah Jabatan Peguam Negara manakala Jabatan Polis adalah agensi milik negeri.


Tags / Kata Kunci: Michael Brown , Barack Obama

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan