Dua Cawan Kopi Sehari Berbahaya Untuk Ibu Mengandung

Diterbitkan: Isnin, 18 Ogos 2014 3:45 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pakar-pakar akademik kini menyeru kerajaan segera mengeluarkan amaran rasmi kepada ibu-ibu yang sedang mengandung supaya mengurangkan pengambilan kopi setiap hari kerana ia berbahaya untuk kandungan mereka.

Kajian yang mereka jalankan mendapati hanya dua cawan kopi sehari sudah memadai untuk mendedahkan kandungan mereka kepada

risiko dijangkiti leukemia pada usia yang muda.

Anak yang dilahirkan nanti oleh ibu yang kerap meminum kopi, menurut kajian yang dilakukan itu 
adalah 60 peratus berkemungkinan berhadapan dengan risiko membentuk sel leukemia pada usia remaja.

Oleh yang demikian, ahli-ahli akademik yang terlibat dalam kajian tersebut kini menegaskan yang kerajaan harus 
mengeluarkan amaran kepada semua ibu mengandung supaya mengurangkan pengambilan kopi sebagaimana mereka dinasihati
supaya mengurangkan pengambilan alkohol dan berhenti merokok.

Para saintis mendapati, kafin berupaya menukar corak DNA di dalam sel janin sekaligus mendedahkan mereka kepada risiko 
membentuk tumor ketika remaja.

Sampel yang diambil daripada lebih 20  kajian mendapati bayi yang dikandung oleh ibu yang mengambil kopi 
terdedah 20 peratus kepada risiko membentuk sel leukemia pada janin mereka.

Tetapi jika mereka mengambil dua cawan kopi sehari risiko mereka meningkat kepada 60 peratus.

Dan bagi wanita yang memang ketagihan kopi iaitu mengambil sehingga empat cawan atau lebih sehari mereka terdedah kepada
72 peratus risiko.

Hasil kajian ini didedahkan dalam terbitan terbaru Jurnal Obstetrik dan Ginekologi Amerika Syarikat.

Di United Kingdom sahaja, sekitar 500 kanak-kanak didiagnos dengan penyakit leukemia setiap tahun.

Kajian itu membuat kesimpulan, pengambilan kafin berlebihan oleh ibu sewaktu mengandung berupaya meningkatkan risiko jangkitan leukemia ke atas bayi mereka.


iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan