CIA dan Sekutu Bentuk Skuad Khas Buru Abu Bakr Al-Baghdadi - Berita Dunia | mStar

CIA dan Sekutu Bentuk Skuad Khas Buru Abu Bakr Al-Baghdadi

Diterbitkan: Isnin, 18 Ogos 2014 12:20 PM

Abu Bakr ketika muncul buat pertama kali di Mosul, Iraq pada 5 Julai lalu dalam satu kuthbah Jumaat.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) dan rakan-rakan sekutunya yang lain telah membentuk satu skuad elit khas untuk memburu pemimpin pejuang negara Islam Iraq, Abu Bakr al-Baghdadi atau lebih dikenali dengan gelaran 'The Ghost'.

Abu Bakr tidak meninggalkan kesan yang jelas untuk dijejaki sekaligus usaha untuk menahannya menemui jalan buntu.

Menurut akhbar Britain, The Mirror, lebih 100 anggota skuad elit itu telah ditugaskan untuk menjejaki Abu Bakr, 42.

Operasi ini dianggap yang terbesar sejak pembentukan skuad khas untuk memburu Osama bin Laden pada 2011.

Pakar-pakar perisikan juga turut menggunakan teknologi terkini untuk mengesan dan menjejaki panggilan telefon dari sel-sel pengganas yang disyaki sebagai tempat persembunyian Abu Bakr di Iraq dan juga Syria .

Abu Bakr dipercayai mempunyai kekuatan tentera sehingga 25,000 orang, kini menguasai beberapa wilayah di utara dan barat Iraq - sesuatu yang Al-Qaeda sendiri gagal lakukan - dan kini melaksanakan hukuman bunuh ke atas mereka yang dianggap musuh dalam usaha untuk membentuk sebuah wilayah pemerintahan Islam di Syria dan juga Iraq.

Amerika dengan bantuan agensi perisikan Britain dikatakan telah menghantar skuad elit ke wilayah Kurdish di Ibril di barat daya Iraq untuk menembusi sel-sel yang dikuasai tentera Abu Bakr.

Akhbar itu juga melaporkan yang pesawat perisik Britain turut digunakan untuk merakam dan mengumpul data yang dapat digunakan untuk membantu tentera kerajaan Iraq dan wilayah autonomi Kurdish berhadapan dengan kumpulan Abu Bakr ini.

Setiausaha Pertahanan Britain, Michael Fallon memberi indikasi yang skuad komando British mungkin terlibat dalam operasi sulit ini.


Tags / Kata Kunci: Abu Bakr Al-Baghdadi , Iraq , Syria , CIA
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan