Muhammad Nama Paling Popular Di England, Wales - Berita Dunia | mStar

Muhammad Nama Paling Popular Di England, Wales

Diterbitkan: Ahad, 17 Ogos 2014 11:58 AM

Muhammad mendahului senarai nama paling popular di England. Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

MUHAMMAD disenaraikan sebagai nama paling popular untuk bayi lelaki di England dan Wales tahun lalu, menurut undian statistik nasional (ONS) yang dikeluarkan Sabtu.


Berdasarkan senarai rasmi kaji selidik yang dijalankan itu, Oliver mendahului senarai dengan 6,949 undian.


Bagaimanapun, perbezaan ejaan Muhammad sama ada Mohammed atau Mohammad yang maksudnya tetap sama itu membolehkan ia digabungkan dan terus menggungguli senarai dengan mencatatkan undian keseluruhannya berjumlah 7,445.

Berdasarkan kaji selidik itu, Oliver menggantikan kedudukan Harry sebagai nama kedua popular untuk bayi lelaki, manakala George jatuh ke tangga ke-10.

Bagi bayi perempuan pula, Amelia terus kekal menjadi pilihan ramai untuk tahun ke tiga berturut-turut, mengatasi Olivia dan Emily.

Kedudukan bandaraya London yang didiami penduduk pelbagai budaya dan agama serta barat menjadi lokasi di mana bayi bernama Muhammad paling ramai, manakala bayi dinamakan Oliver pula paling ramai di tenggara, barat daya dan Wales.

Tahun lalu juga menyaksikan nama George tersenarai antara 10 nama paling popular berikutan kelahiran anak sulung Duke dan Duches Of Cambridge, Putera George pada Julai.

Bagaimanapun, nama kerabat diraja seperti William, Harry dan George tetap tersenarai antara yang paling popular untuk menamakan bayi lelaki.




Tags / Kata Kunci: Muhammad , ONS , England
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan