Australia Ambil 4,400 Pelarian Dari Syria, Iraq

Diterbitkan: Ahad, 17 Ogos 2014 5:07 PM

Antara keluarga pelarian Iraq yang berada di kem Newroz di wilayah Al-Hassakah, timur laut Syria. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Australia akan menawarkan pengambilan kira-kira 4,400 pelarian di Iraq dan Syria, kata Menteri Imigresennya, Scott Morrison pada Ahad.

Beliau berkata, penempatan itu diwujudkan sebagai usaha untuk menghentikan kemasukan bot-bot pencari suaka secara haram ke negara itu.

Australia berkata, ia akan menolak sebarang kemasukan pelarian yang tiba menggunakan bot yang tidak dibenarkan, sebaliknya akan menghantar mereka berkenaan ke Papua New Guinea dan Nauru di kepulauan Pasifik.

"Dasar kerajaan di bawah Operasi Sempadan Berdaulat, bukan sahaja menyelamatkan kehidupan di laut, tetapi turut membenarkan lebih banyak tempat menjadi sebahagian program kemanusiaan untuk mereka di dunia ini yang terdesak memerlukan perlindungan," katanya.

Menteri itu berkata, Australia akan menempatkan minimum 2,200 Iraq, termasuk etnik dan agama minoriti yang mahu keluar mendapatkan perlindungan dari keganasan yang berlaku di utara negara itu.

"Kerajaan juga komited menyediakan tempat minimum untuk 2,200 pelarian Syria, termasuk mereka yang hidup dalam kemelut di negara-negara seperti Lubnan," tambahnya. 

Australia menerima 13,750 orang ke dalam program kemanusiaan pelariannya setiap tahun. Tahun lepas, Australia mengambil lebih 1,000 pelarian dari Syria, lebih 2,000 dari Iraq, 2,754 dari Afghanistan dan lebih 1,800 dari Myanmar. - AFP

Tags / Kata Kunci: pelarian , pencari suaka

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan