Dua Anggota Keselamatan Maut Letupan Bom Di Narathiwat Dan Yala

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 10:05 PM

Unit Pemusnah Bom Thailand memeriksa motosikal yang dilekatkkan bom di Narathiwat.

(Ubah saiz teks)

YALA: Dua anggota pasukan keselamatan Thailand maut manakala empat lagi cedera dalam dua kejadian letupan bom di selatan Thailand pada Jumaat.

Dalam kejadian pertama di Yala pada 10 pagi, seorang anggota polis maut manakala seorang lagi cedera parah apabila sebutir bom buatan sendiri seberat 15 kilogram diletupkan ketika empat anggota pasukan keselamatan itu melakukan rondaan dengan menunggang dua motosikal di Jalan Yaha-Kabang.

Timbalan Ketua Polis Wilayah Yala Kolonel Banlue Shuvet berkata bom itu dipasang dalam kotak besi yang diletak di tepi jalan di Kampung Bendang Dama, daerah Kabang.

Insiden kedua, yang berlaku di Narathiwat, pula menyaksikan seorang anggota renjer maut manakala tiga lagi cedera apabila bom dipasang pada sebuah motosikal yang diletak di tepi jalan diletupkan ketika kesemua mangsa, yang menaiki sebuah trak, melalui Jalan Takbai-Narathiwat di Kampung Banmai dalam daerah Muang.

Ketua Polis Daerah Muang Narathiwat Kolonel Somporn Meesuk berkata motosikal yang dipasang bom itu dilaporkan dicuri pada 13 Julai lepas di daerah Takbai.

Tags / Kata Kunci: yala , narathiwat , bom

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan