IFJ Lancar Rayuan Solidariti Untuk Wartawan Di Gaza

Diterbitkan: Rabu, 13 Ogos 2014 3:48 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) merayu anggota gabungannya di seluruh dunia menyumbang kepada rayuan solidariti khas yang ditubuhkannya bagi menyediakan bantuan kewangan kepada wartawan di Gaza, yang benar-benar memerlukan bantuan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, IFJ berkata genjatan senjata terhad pada masa ini mungkin telah menghentikan kehilangan nyawa tetapi banyak wartawan dan keluarga mereka kini kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka hangus atau mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat didiami.

Anggota gabungan IFJ, Palestinian Journalists' Syndicate (PJS), menganggarkan 42 wartawan dan keluarga mereka di Gaza terpaksa berpindah, 14 daripadanya akibat tempat tinggal mereka musnah dan memerlukan tempat perlindungan dengan segera.

Sebanyak 25 orang lagi cedera dan memerlukan rawatan perubatan manakala 10 kemudahan media juga musnah akibat dibom.

IFJ menjanjikan US$10,000 daripada dana keselamatan antarabangsanya untuk kegunaan segera namun memberi amaran lebih banyak diperlukan untuk mengekalkan usaha bantuan bagi membolehkan wartawan di Gaza bekerja semula.

Presiden IFJ Jim Boumelha berkata serangan tentera Israel baru-baru ini meninggalkan begitu banyak kemusnahan, selain daripada jumlah kematian yang tinggi di kalangan orang awam termasuk 13 wartawan terbunuh, tempat tinggal dan kehidupan ramai wartawan dan anggota keluarga mereka sama ada musnah atau rosak teruk.

"Kami perlu dengan segera mengumpul dana sebanyak mungkin dan secepat mungkin untuk mengambil sepenuh kesempatan daripada genjatan senjata pada masa ini dan memastikan wartawan yang benar-benar memerlukan mendapat dana itu.

Boumelha merayu kepada anggota gabungan IFJ, pekerja media dan orang awam untuk menunjukkan solidariti mereka dengan menyumbang secara ikhlas.

Beliau juga menggesa anggota gabungannya mengedarkan rayuan itu kepada cawangan dan anggota biasa dan menggalakkan mereka untuk menderma.

Sumbangan boleh dihantar kepada Dana Keselamatan Antarabangsa IFJ atas akaun berikut: The Safety Fund, a/c BE64 2100 7857 0052, Swift Code: GEBABEBB BNP PARIBAS FORTIS BANK, Rond Point Schuman 10, 1040 Brussels.

Sumbangan secara online boleh dibuat melalui PayPal atas laman web keselamatan IFJ. "IFJ Gaza Solidarity Appeal" perlu dinyatakan.



Tags / Kata Kunci: Gaza , IFJ

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan