Mesyuarat Kedua OIC Berkaitan Serangan Israel Di Gaza

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 11:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat luar biasa mengenai serangan Israel terhadap Semenanjung Gaza pada Selasa.

OIC berkata mesyuarat peringkat menteri itu adalah yang kedua diadakan dalam masa sebulan dan akan disertai para menteri luar negara anggotanya.

Ia akan dipengerusikan Putera Saud Al-Faisal, Menteri Hal Ehwal Luar Arab Saudi dan Pengerusi Sesi Ke-41 Majlis Menteri Luar OIC, kata pertubuhan 57 anggota itu dalam kenyataannya Isnin.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri Palestin Dr Rami Al-Hamad Allah dan sejumlah besar menteri luar negara anggota OIC akan menghadirinya.

Sebelum ini, setiausaha agung OIC Iyad Ameen Madani merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya segera campur tangan bagi menamatkan serangan Israel terhadap Semenanjung Gaza dan menggesa negara anggota OIC segera menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah itu.

Sementara itu, laporan antarabangsa menyebut Israel dan Palestin bersetuju mengadakan gencatan senjata baharu selama 72 jam.

Menurut Aljazeera, persetujuan itu dicapai selepas Mesir berkata ia menerima "konsensus serentak" daripada kedua-dua pihak untuk mengadakan gencatan senjata mulai 21:00 GMT pada Ahad.

Gencatan senjata selama 72 jam sebelum ini, yang diusahakan Kaherah, berakahir pada Jumaat pagi dan selepas itu, sengketa kembali tercetus antara Israel dan Hamas, yang mentadbir Semenanjung Gaza.

Sehingga tengah hari Ahad, jumlah kematian di Gaza mencapai 1,939 orang.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu, kira-kira 73 peratus yang maut adalah orang awam.
Tags / Kata Kunci: OIC , Gaza , Israel , Putera Saud Al-Faisal

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan