MH17: India Gesa Siasatan Terperinci

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 1:58 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: India menggesa siasatan menyeluruh peringkat antarabangsa dilakukan terhadap tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17.

"Kehilangan nyawa secara sia-sia dalam nahas MH17 pada 17 Julai memberikan tanggungjawab kepada masyarakat antarabangsa untuk memastikan keselamatan penerbangan awam," kata Menteri Hal Ehwal Luar India Sushma Swaraj.

Pihak terbabit dalam konflik perlu segera menghentikan keganasan dan mengusahakan penyelesaian diplomatik, katanya dalam ucapan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar, Sidang Kemuncak Asia Timur di Nay Pyi Taw, Myanmar, pada Ahad.

Teks ucapan beliau dimuat naik dalam laman web kementerian itu.

"Kami mahu memastikan tragedi seumpama itu tidak berulang," katanya.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara sedang bergolak itu.

Selain rakyat Malaysia, warganegara Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand merupakan antara penumpang dan anak kapal pesawat itu.


Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS , India

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan