China Mampu Awasi Keamanan Laut China Selatan - Menteri Luar China

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 2:25 PM

Wang Yi

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Menteri Luar China Wang Yi melahirkan keyakinan China dan Asean "memiliki keupayaan mutlak dan kebijaksanaan" untuk melindungi keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Menyifatkan situasi semasa di Laut China Selatan sebagai "keseluruhannya adalah baik tanpa sebarang masalah dari segi kebebasan pelayaran", Wang berkata beliau tidak pernah mendengar kebebasan pelayaran kapal terjejas setakat ini, demikian dilaporkan agensi berita Xinhua.

Wang berkata China dan 10 anggota pertubuhan Asean akan membincangkan isu-isu berkaitan dalam suasana tenang dan menurutnya beliau keliru kerana terdapat negara tertentu di luar rantau itu "terus menerus menyebarkan bahawa situasinya tegang".

"Negara-negara di luar rantau boleh secara munasabah menyuarakan kebimbangan mereka, tetapi kami tidak setuju dengan mereka menuding jari kepada rantau ini," beliau dipetik berkata demikian pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar, Forum Rantau Asean (ARF) di Nay Pyi Taw, Myanmar, pada Ahad.

Jabatan Negara Amerika Syarikat telah menggariskan cadangan pada Julai untuk menggesa semua negara membekukan semua aktiviti yang mungkin menjadikan ketegangan memuncak di Laut China Selatan.

Cadangan itu disokong oleh Filipina, satu daripada negara yang terbabit dalam pertikaian kawasan dengan China di Laut China Selatan.

China mengumumkan pada 7 Ogos bahawa ia akan membina sebuah rumah api di kawasan yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan dan merujuk Kepulauan Xisha (Paracel) dan Kepuluan Nansha (Spratly) sebagai "memang dalam kawasan China".

Kepulauan Paracel turut dituntut Vietnam, manakala Kepulauan Spratly yang terletak di perairan itu juga dituntut Brunei, Malaysia, Filipina, Vietnam dan Taiwan. 


Tags / Kata Kunci: China

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan