Lelaki Dipatuk Ular Ketika Berbasikal Dikejarkan Ke Hospital Dengan Helikopter - Berita Dunia | mStar

Lelaki Dipatuk Ular Ketika Berbasikal Dikejarkan Ke Hospital Dengan Helikopter

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 5:19 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital dengan helikopter selepas beberapa kali dipatuk ular semasa menaiki basikal.

Lelaki berusia 44 tahun itu yang dikatakan kritikal, telah berbasikal melalui hutan Dalby, berhampiran Scarborough, Utara Yorkshire, apabila dia dipatuk sebanyak tiga kali oleh ular berbisa (adder).

Seorang paramedik yang berada di luar tugas dapat memberikan bantuan segera kepada lelaki itu sebelum seorang doktor tiba di tempat kejadian, menurut Perkhidmatan Ambulan Udara Great North (GNAAS).

Lelaki yang berasal dari Doncaster, Selatan Yorkshire, telah distabilkan sebelum diterbangkan ke Hospital Universiti James Cook di Middlesbrough, di mana dia berada dalam keadaan serius tetapi stabil malam tadi.



Ular 'adder' yang mematuknya adalah ini antara ular yang berbisa di Britain.

Kematian terakhir di UK adalah pada tahun 1975 apabila seorang budak lelaki berusia lima tahun dipatuk di pergelangan kaki di Trossachs, Scotland.

Kanak-kanak yang digigit ular jenis ini biasanya akan sembuh kira-kira satu hingga tiga minggu tetapi orang dewasa biasanya memerlukan lebih daripada tiga minggu untuk pulih sepenuhnya.

Sesetengah orang dewasa boleh mengambil masa sehingga sembilan bulan untuk pulih. 

Kira-kira 100 kes patukan ular jenis ini dilaporkan di UK setiap tahun, dengan kebanyakan berlaku di antara Februari dan Oktober. 

Ular jenis ini yang mempunyai kepanjangan sehingga kira-kira 30 inci adalah biasa di seluruh tanah besar Britain.

Tags / Kata Kunci: ular , adder
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan