Kabinet Jokowi: Jika Ada Penanam Tebu Mahu Beri Cadangan, Silakan

Diterbitkan: Khamis, 7 Ogos 2014 5:06 PM

Jokowi dan Jusuf bakal mengangkat sumpah jawatan masing-masing Oktober ini.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Menjelang pembentukan Kabinet Joko Widodo atau Jokowi, pasukan penasihat Gabenor Jakarta itu mengalu-alukan sebarang saranan daripada semua pihak bagi memastikan pasukan yang ditubuhkan nanti berkesan.

 

"Kami terbuka dengan sebarang cadangan.

"Jika ada penanam tebu mahu datang dan menyampaikan impiannya, kami terima dengan tangan terbuka," kata seorang daripada pemimpin kanan pasukan penasihat Jokowi, Hasto Krstiyanto.

Kata Hasto, setakat ini mereka sudah menerima banyak cadangan mengenai persiapan Jokowi sebelum dia dan regunya, Jusuf Kalla mengangkat sumpah dan secara rasmi menjadi Presiden Indonesia, Oktober ini.

Antara pihak yang memberi saranan itu, kata Hasto, ialah parti politik yang menyokong Jokowi-Jusuf, ahli perniagaan serta seniman.

Timbalan Setiausaha Agung Dewan Pimpinan Pusat Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) itu berkata, bekas presiden yang juga Ketua Umum PDIP, Megawati Sukarnoputri juga memberikan saranan kepada Jokowi.

Kata Hasto, pasukan penasihat Jokowi ditugaskan mengkaji setiap isu yang dibangkitkan sebelum ia diterjemah menjadi program kerja kerajaan.

"Megawati mengingatkan Jokowi supaya benar-benar melaksanakan tanggungjawab dan komtimennya kerana harapan rakyat sangat besar," katanya.

Namun Hasto berkata, pihaknya tetap berpihak pada rakyat dan memastikan kerajaan bebas daripada sebarang pengaruh kelompok tertentu.


Tags / Kata Kunci: Jokowi , Presiden Indonesia , Kabinet

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan