India Bawa Pulang 19 Rakyatnya Masuk Malaysia Dengan Visa Palsu

Diterbitkan: Khamis, 7 Ogos 2014 3:47 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: India akan membawa pulang 19 rakyatnya yang memasuki Malaysia dengan visa kerja 'palsu', menurut laporan Press Trust of India yang memetik Menteri Hal Ehwal Luar Gen V. K. Singh. 

Menurut laporan media, kumpulan itu yang baru menamatkan pengajian di sebuah institut hospitaliti di Thane, Maharashtra, terkandas di Malaysia selepas agensi mencari pekerjaan yang mendapatkan pekerjaan untuk mereka disenarai hitam dan mereka kemudiannya dibuang kerja.

Laporan itu turut mendakwa kumpulan itu diberi visa yang tidak membolehkan mereka terus bekerja di Malaysia.

Sehubungan itu, mereka menghubungi Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur dan memohon dihantar pulang segera ke India, menurut laporan itu.

Suruhanjaya itu segera mengeluarkan sijil perakuan cemas setelah kumpulan itu mendakwa pasport mereka disimpan oleh majikan, lapor PTI.

"Tugas kami adalah untuk mempermudahkan pelbagai formaliti melibatkan imigresen Malaysia dan mengambil langkah susulan dengan pihak berkuasa Malaysia," laporan itu memetik Singh sebagai berkata dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Rabu.
Tags / Kata Kunci: visa palsu , India

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan