Sembilan Bayi Ibu Tumpang Ditemui Di Kondominium Di Bangkok

Diterbitkan: Khamis, 7 Ogos 2014 1:33 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand sedang menyiasat kes penemuan sembilan orang bayi ibu tumpang di sebuah kondominium di Bangkok, dipercayai berkongsi bapa biologi Jepun yang sama, menurut polis, Khamis. 


Kes itu adalah yang terbaharu muncul selepas pasangan Australia dituduh meninggalkan bayi sindrom Down mereka dengan ibu kandungnya dari Thailand, yang mencetuskan kecaman dan panggilan global untuk membaik pulih undang-undang ibu tumpang yang longgar di negara itu.

Pihak berkuasa yang bertindak berdasarkan maklumat menyerbu kondominium di kawasan Lat Phrao, bandar Thailand pada Selasa untuk mencari sembilan bayi yang dijaga oleh tujuh pengasuh, dengan seorang wanita hamil berusia 20 tahun turut tinggal di sana.

Polis telah bercakap dengan seorang lelaki Thailand yang mengaku sebagai peguam kepada seorang ahli perniagaan Jepun yang mengaku sebagai bapa biologi bayi-bayi berkenaan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Aek Angsananont.

"Kami menyoal pengasuh-pengasuh, dan juga meminta kerjasama daripada kedutaan Jepun, untuk membantu menjalankan ujian DNA," Aek memberitahu Reuters.

Beliau menambah: "Jika lelaki Jepun itu mengakui bahawa semua bayi itu adalah miliknya, kita akan bertanya kepadanya mengapa dia mahu mempunyai begitu banyak bayi."

Reuters bagaimanapun tidak dapat menghubungi peguam Thailand itu, Ratprathan Tulathorn.

Kes terbaharu itu telah menimbulkan kebimbangan mengenai mudahnya warga asing boleh datang ke Thailand, yang tidak mempunyai undang-undang secara langsung berkaitan dengan ibu tumpang, serta membeli perkhidmatan ibu tumpang.

Walaupun ibu tumpang untuk tujuan komersial dihalang oleh tatakelakuan Majlis Perubatan Thailand, negara ini menjadi destinasi utama di Asia untuk klinik kesuburan dan pasangan yang memilih untuk menggunakan khidmat ibu tumpang.

Seorang pegawai Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia, yang merupakan sebahagian daripada pasukan yang menyiasat kes terbaru ini berkata pengasuh yang diupah menerima bayaran bulanan sebanyak 10,000 baht (£184), manakala seorang wanita hamil berkata dia telah diberi upah 300,000 baht untuk melahirkan bayi.

"Kami sedang mencari bukti untuk menentukan sama ada kes ibu tumpang ini adalah haram," kata pegawai itu, yang enggan namanya disiarkan kerana dia tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.

Kes ini telah menimbulkan kebimbangan bahawa Thailand menjadi pusat perniagaan ibu tumpang yang menguntungkan tetapi sebahagian besarnya tidak dikawal.

Pihak berkuasa telah memulakan tindakan keras di seluruh negara terhadap klinik yang menawarkan perkhidmatan ibu tumpang untuk melihat jika mereka mengikut peraturan.
Tags / Kata Kunci: ibu tumpang , bayi tumpang

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan