Gunung Berapi Di Guatemala Meletus

Diterbitkan: Rabu, 6 Ogos 2014 8:10 AM

Gunung berapi yang meletus di Guatemala pada September 2012. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

GUATEMALA CITY: Gunung berapi di Guatemala meletus pada Selasa buat pertama kali sejak hampir dua tahun, menimbulkan kebimbangan penduduk kampung berhampiran selain menyebabkan pihak berkuasa penerbangan untuk mengubah laluan trafik udara.

Gunung berapi di barat daya negara yang meletus itu mengeluarkan asap dan abu, kira-kira tiga atau empat kali dalam sejam, kata pegawai.

Pakar geologi berkata, ia mengeluarkan asap setinggi 4,300 meter.

Gunung berapi dengan ketinggian 3,700 meter itu terletak di antara Chimaltenango, Escuintla dan Sacatepequez, di barat daya Guatemala.

Ia merupakan salah satu gunung berapi yang aktif di negara itu, dengan kali terakhir meletus pada September 2012, sehingga menyebabkan perpindahan penduduk secara besar-besaran. - AFP

Tags / Kata Kunci: gunung berapi , Guatemala

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan