Video: Wanita Nyaris Maut Dirempuh Jetski

Diterbitkan: Selasa, 5 Ogos 2014 7:13 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita terselamat daripada dirempuh jetski ketika ingin bergambar di tepi pantai Nassau, Bahamas.

Dalam rakaman itu, kejadian berlaku ketika seorang wanita ingin bergambar di atas jetski di tepi pantai semasa meraikan hari lahir rakan mereka.

Bagaimanapun sebuah jetski yang dinaiki sepasang kekasih gagal dikawal dan merempuh jetski di tepi pantai berkenaan.

Akibat rempuhan tersebut, pasangan kekasih terbabit melambung dan menyebabkan wanita yang membonceng mengalami kecederaan.

Pengawal pantai memberitahu, wanita yang ingin bergambar berisiko mengalami kecederaan serius atau maut jika dirempuh jetski berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Bahamas , Jetski

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan