650 Nelayan Hilang di Teluk Bengal - Berita Dunia | mStar

650 Nelayan Hilang di Teluk Bengal

Diterbitkan: Selasa, 5 Ogos 2014 10:14 AM

Bot pukat tunda (gambar hiasan).

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Kira-kira 40 buah bot pukat tunda yang membawa kira-kira 640 orang nelayan dilaporkan hilang sejak lewat malam semalam di Teluk Bengal, lapor agensi berita Xinhua.

"Pukat tunda berkenaan yang setiap satunya membawa 16 orang nelayan bergerak ke kawasan laut dalam berhampiran Kakdwip untuk menangkap ikan.


"Namun mereka dilaporkan hilang selepas berlakunya ribut malam semalam dan ketika ini kami gagal menghubungi mana-mana nelayan yang terbabit," kata seorang pegawai yang enggan mendedahkan namanya. 

Tags / Kata Kunci: nelayan hilang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan