Israel Umum Gencatan Senjata 7 Jam Di Gaza

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 10:32 AM

Serangan tentera Israel di Gaza pada Ahad. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

BAITULMUQADDIS: Israel mengumumkan akan mengadakan gencatan senjata kemanusiaan di Gaza selama tujuh jam pada Isnin, kata pasukan tentera itu.

Menurut kenyataan tentera berkenaan, gencatan senjata itu akan dilakukan bermula pada 0700 GMT (3 petang waktu Malaysia) dan berakhir pada 1400 (10 malam waktu Malaysia), di semua wilayah kecuali di kawasan timur bandar Rafah di mana pertempuran masih berlangsung dan wujudnya tentera Israel di situ. 

Pemimpin tentera Israel di Tebing Barat dan Gaza, Jeneral Yoav Mordechai bagaimanapun berkata, sekiranya gencatan senjata itu dicabuli, tentera akan mengadakan serangan balas.

Mordechai turut menggesa penduduk di Abasan al Kabira dan Abasan al Saghira, yang merupakan dua perkampungan di timur Khan Yunis di selatan Gaza, untuk pulang ke kediaman mereka bermula 0500 GMT (1 petang waktu Malaysia). - AFP




Tags / Kata Kunci: gencatan senjata , Israel

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan