Gaza: 10 Terkorban Serangan Terbaharu Israel Di Sekolah Kendalian PBB

Diterbitkan: Ahad, 3 Ogos 2014 9:08 PM

(Ubah saiz teks)

GAZA CITY (Wilayah Palestin): Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam serangan di sekolah kendalian PBB di Gaza pada Ahad, tidak lama selepas Israel mengesahkan telah mula menarik balik tentera dari beberapa wilayah kecil peperangan.

Serangan di sekolah perlindungan pelarian Palestin di bandar selatan Rafah berlaku selepas Israel membedil rantau ini berikutan penangkapan suspek disyaki askar militan, yang kemudiannya diisytiharkan mati.

Ia adalah kali ketiga dalam tempoh 10 hari sekolah PBB telah diserang dan empat hari selepas kenderaan perang Israel menyerang sebuah sekolah di bandar utara Jabaliya dan membunuh 16 orang dalam serangan yang dikecam oleh Ketua PBB Ban Ki-moon yang menyifatkannya sebagai "tercela".

Seorang wartawan AFP berkata berlaku huru-hara di kawasan ini, dengan pasukan penyelamat cuba untuk memindahkan mangsa yang cedera menggunakan cara yang mereka mampu.

Jurucakap agensi PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA), Chris Gunness, berkata sekolah itu menempatkan beribu-ribu orang pelarian yang terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat keganasan yang sedang berlaku di Gaza.

"Serangan berlaku di sekitar sekolah yang menjadi tempat perlindungan kepada 3,000 pelarian Palestin di Rafah. Laporan awal mengatakan terdapat kematian dan kecederaan," tulis beliau di Twitter.

Gambar pembunuhan beramai-ramai di Gaza, di mana pegawai perubatan berkata seramai 1,766 rakyat Palestin telah terbunuh dan 9,320 lagi cedera sejak 27 hari lepas, telah mengejutkan orang ramai di seluruh dunia.

Setiausaha Luar British Philip Hammond menuntut gencatan senjata tanpa syarat untuk menyelesaikan situasi 'tanpa toleransi' terhadap orang awam yang terperangkap di Gaza.

"Kita perlu membuatkan pembunuhan itu dihentikan," Hammond memberitahu Sunday Telegraph, sambil berkata ramai orang "sangat terganggu" dengan kehilangan nyawa orang awam.
Tags / Kata Kunci: Gaza , sekolah , Israel

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan