MH17: Anggota Puak Pemisah Acu Mesingan Ke Kepala Wartawan

Diterbitkan: Jumaat, 1 Ogos 2014 12:25 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG wartawan warga Australia diacukan dengan selaras mesingan dikepalanya ketika cuba meninggalkan kawasan nahas pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di timur Ukraine.

Kenderaan yang dinaiki wartawan veteran Channel Nine, Damian Ryan dan krew berita diarahkan supaya berhenti oleh seorang anggota puak pemisah pro Rusia kira-kira satu kilometer dari kawasan nahas.

Dalam siaran di laman web Channel Nine, Ryan menyifatkan anggota puak pemisah itu sebagai 'tidak stabil'.

"Dia mengacukan AK47 ke kepala kami kerana menjangkan kami tentera Ukraine.

"Kedengaran jeritan di kawasan nahas sebelum dia menyedari kami adalah wartawan dan mengarahkan kami meninggalkan kawasan tersebut kerana serangan sedang berlaku," katanya.

Krew berita itu baharu saja pulang dari kawasan nahas selepas penyiasat Australia dapat memasuki kawasan tersebut pada Khamis.

"Kami akhirnya dapat keluar dari kawasan tersebut yang pada mulanya dilihat seperti selamat tetapi boleh jadi berbahaya pada hari seterusnya," katanya.

Tags / Kata Kunci: MH17 , Ukraine , Channel Nine , Australia

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan