Gaza: Gencatan Senjata Tiga Hari Bermula Pagi Ini

Diterbitkan: Jumaat, 1 Ogos 2014 9:19 AM

(Ubah saiz teks)

GAZA: Israel dan pejuang Islam Palestin di Semenanjung Gaza bersetuju terhadap gencatan senjata kemanusiaan tiga bermula pagi Jumaat dan perunding dari kedua-dua pihak akan berlepas ke Kaherah untuk membincangkan penyelesaian jangka panjang. 

Kenyataan bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon berkata, gencatan senjata selama 72 jam itu yang dicapai selepas lebih tiga minggu pertempuran ditetapkan bermula pada jam 8 pagi (0500 GMT). 

Pegawai dari Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pihaknya menerima cadangan AS/PBB. 

Jurucakap Hamas pula berkata, pejuang Islam yang menguasai Gaza memberitahu semua puak Palestin akan mematuhi gencatan berkenaan. 

"Kami gesa semua pihak supaya menghentikan tindakan mereka sehingga gencatan senjata kemanusiaan ini bermula dan patuh kepada janji mereka sepanjang tempoh gencatan itu. 

"Gencatan senjata berkenaan akan memberi kelegaan kepada orang awam yang tidak berdosa daripada terbabit dalam keganasan," kata Kerry dan Ban. 

Tags / Kata Kunci: Gaza , gencatan senjata , Israel

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan