Kenaikan Bayaran Masuk Bagi Kendaraan Asing Ke Singapura Bermula Hari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 1 Ogos 2014 1:45 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Kereta dan kenderaan barangan berdaftar di luar negara kini dikenakan bayaran lebih tinggi apabila memasuki Singapura berikutan pelaksanaan kadar baharu Permit Masuk Kenderaan (VEP) dan Permit Kenderaan Barangan (GVP) mulai Jumaat.

Kenaikan kadar itu diumumkan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA)
Singapura pada 1 Julai 2014.

Mulai Jumaat, republik ini menaikkan kadar bayaran bagi VEP kepada S$35 daripada S$20 sehari, manakala bayaran bagi GVP pula dinaikkan kepada S$40 daripada S$10 bagi setiap bulan.

Langkah itu tidak melibatkan bas dan teksi.

Waktu dikenakan bayaran bagi VEP tidak berubah iaitu dari 2 pagi hingga 12 tengah hari pada hari biasa sepanjang musim cuti sekolah di negara ini pada Jun dan Disember, dan dari 2 pagi hingga 5 petang pada hari biasa di luar tempoh cuti sekolah.

Bayaran bagi VEP untuk motosikal berdaftar di luar negara tidak berubah iaitu S$4 sehari.
Tags / Kata Kunci: Singapura , VEP , GVP

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan