Gaza: Lebih 1,200 Rakyat Palestin Terkorban

Diterbitkan: Rabu, 30 Julai 2014 9:44 AM

(Ubah saiz teks)

BANDARAYA GAZA: Serangan terbaharu roket tentera rejim Israel ke atas Palestin pada awal pagi Rabu mengakibatkan lapan lagi terbunuh pada hari ke-23 konflik Gaza.

Semua mangsa adalah daripada keluarga yang sama, demikian menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra.

Bedilan terbaharu itu menjadikan angka kematian rakyat Palestin adalah seramai lebih 1,240.

Sementara itu 56 rakyat Israel dibunuh dengan 53 daripadanya adalah tentera manakala tiga lagi ialah orang awam.

Israel juga dilaporkan membedil tiga masjid di Bandaraya Gaza, demikian menurut sumber keselamatan.
Tags / Kata Kunci: Gaza , Palestin , Israel

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan