MH17: Pertempuran Halang Penyiasat Ke Lokasi Nahas

Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 5:40 PM

Gambar fail seorang anggota puak pemisah pro-Rusia menyentuh bangkai pesawat MH17 di lokasi nahas di timur Ukraine. Foto AP

(Ubah saiz teks)

THE HAGUE: Pertempuran antara tentera Ukraine dan puak pemisah pro-Rusia yang memasuki hari ketiga pada Selasa menghalang pasukan penyiasat antarabangsa untuk memasuki lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Ukraine, kata Kementerian Keadilan Belanda.

"Kumpulan pakar Belanda dan Australia tidak meninggalkan Donetsk untuk ke lokasi nahas di timur Ukraine. Ketika ini terlalu banyak pertempuran berlaku di kawasan sekitar nahas," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Di Kiev, pada Isnin, tenteranya memasuki bandar berhampiran lokasi nahas MH17 di timur Ukraine, termasuk Shakhtarsk yang terletak kira-kira 10 kilometer.

Polis Australia dan Belanda memerlukan akses untuk ke lokasi nahas bagi mencari baki mayat daripada 298 mangsa yang masih berada di kawasan itu.

Lebih 200 mayat ditemui dan dihantar ke Belanda untuk proses pengecaman. - AFP

Tags / Kata Kunci: pemisah pro-Rusia , pemberontak Kiev , MH17

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan