Ian Rush Ada Awek Muda

Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 7:29 PM

Ian bersama teman wanitanya, Carol

(Ubah saiz teks)

DI sebalik usianya, bekas bintang bola sepak Liverpool, Ian Rush menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Ireland yang jarak usia antara mereka 22 tahun.


Rush yang kini berusia 52 dan menjadi pengulas sukan bola sepak menjalin hubungan dengan Carol Anthony sejak 18 bulan lalu.

Carol pernah tampil mengiringi beberapa penyanyi terkenal seperti Elton John, Westlife, dan N-Sync dan dijadual mengeluarkan single Bow To The Queen pada awal bulan depan.

Walaupun mempunyai jurang usia yang besar, Carol berkata, dia tidak melihat keadaan itu membawa sebarang masalah kepada hubungan mereka.

Mengakui meminati Rush sejak zaman kanak-kanak, Carol, 30, berkata, keluarganya juga peminat Liverpool.

“Perbezaan usia tidak menjadi apa-apa masalah, malah saya tidak menyedari keadaan itu pun sekarang.

“Memanglah pada pertemuan pertama dan kedua dahulu saya menyedari ada jurang usia antara kami namun keserasian menyebabkan ia tidak lagi penting,” katanya.

Malah, kata Carol, dia kadang-kadang melihat Rush seolah-olah awet muda.

Sementara itu, Carol juga menafikan dia menjadi punca rumah tangga Rush bersama isterinya, Tracy runtuh pada 2012 selepas 25 tahun bersama.


Tags / Kata Kunci: Ian Rush , Liverpool

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan