Singapura Akan Sesuaikan Kadar Tol Malaysia Di Tambak - LTA

Diterbitkan: Isnin, 28 Julai 2014 11:17 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Jika tol baharu dikenakan atau kadar tol dinaikkan oleh Malaysia di Tambak Johor, kerajaan Singapura akan menyesuaikan pelaksanaan tol baharu dan kenaikan kadar tol itu dalam masa terdekat, kata Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA).

Ini kerana telah menjadi amalan kerajaan Singapura untuk menetapkan kadar tol Singapura supaya disesuaikan dengan kadar yang ditetapkan oleh Malaysia di Tambak dan Link Kedua, kata jurucakap LTA dalam satu kenyataan pada Isnin.

Berhubung pertanyaan media, jurucakap itu menarik perhatian kepada laporan media bahawa Lembaga Lebuhraya Malaysia akan menaikkan kadar tol bagi semua kenderaan, kecuali motosikal bagi perjalanan dari Singapura ke Johor melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) berkuatkuasa mulai 1 Ogos, 2014.

Jurucakap itu berkata, perubahan kadar tol itu adalah berbeza dengan pengumuman Malaysia sebelumnya untuk melaksanakan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) ke atas kenderaan asing yang memasuki Johor.

"Kerajaan Singapura belum menerima apa-apa maklumat daripada pihak berkuasa Malaysia mengenai tol baharu atau kenaikan bayaran tol dan telah meminta pengesahan rasmi daripada Kerajaan Malaysia berhubung laporan media itu.

Tags / Kata Kunci: CIQ , Tambah Johor

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan