PM Ukraine Letak Jawatan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 8:39 AM

Arseny Yatseniuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Ukraine.

(Ubah saiz teks)

DONETSK: Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk meletak jawatan pada Khamis malam.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.

Keputusan itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini bergolak selepas dikuasai pemberontak.

Pada ketika ini pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung nahas pesawat Penerbagan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh 17 Julai lalu.

Mengumumkan pengundurannya, Yatsenyuk berkata, beliau mengambil tindakan itu berhubung isu 'pembubaran gabungan di Parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan'.

Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.

Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari.

Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak hanya 60 kilometer dari tempat kejadian.

Tentera Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam tempoh 24 jam dalam gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu daripada penguasaan pemberontak pro-Rusia.
Tags / Kata Kunci: Ukraine , MH17

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan