MH17: ICAO Adakan Mesyuarat Keselamatan Minggu Depan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 12:51 PM

(Ubah saiz teks)

MONTREAL: Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) akan mengadakan mesyuarat lembaga antarabangsa bagi membincangkan mengenai isu keselamatan dalam industri penerbangan, demikian menurut dua sumber rapat mengenai isu tersebut.

Mesyuarat itu difahamkan merupakan susulan kepada insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di Ukraine 17 Julai lalu.

Mesyuarat ICAO dan pegawai-pegawai tinggi dari industri penerbangan dan kawalan trafik udara yang akan diadakan di Montreal minggu depan bertujuan bagi mencari penyelesaian mengelakkan kejadian malang MH17 berulang.

Bagaimanapun kedua-dua sumber itu berkata, tidak diketahui apakah tindakan terhadap keputusan mesyuarat itu nanti.

Sebelum ini ICAO tidak mengeluarkan amaran mengenai bahaya yang dikaitkan dengan konflik di Ukraine.

MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu telah ditembak jatuh.

MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.
Tags / Kata Kunci: MAS , MH17 , ICAO

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan