Tujuh Jam Pakar 'Buang' 232 Gigi Remaja

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 11:57 AM

Gavai ketika melalui prosedur selama tujuh jam untuk membuang 232 giginya.

(Ubah saiz teks)

MUMBAI: Seorang remaja lelaki mengejutkan ramai apabila 232 giginya dibuang menerusi prosedur selama tujuh jam yang dilakukan pakar bedah di bandaraya ini, sekali gus  mencatat rekod dunia.

Pada mulanya, Ashik Gavai, 17, mendapatkan rawatan perubatan kerana rahang bawah sebelah kanannya semakin bengkak.

Bagaimanapun, kes itu dirujuk ke Hospital JJ di sini.

Kata Ketua Unit Pergigian hospital itu, Sunanda Dhivare-Palwankar berkata, selepas pemeriksaan lanjut, doktor mendapati beliau berdepan keadaan dikenali sebagai ‘complex odontoma’.

“Kami membuat pembedahan Isnin lalu dan mengambil masa hampir tujuh jam. Mulanya, kami menyangka ia pembedahan mudah tetapi sebaik prosedur itu dilakukan, kami dapati banyak gigi yang kelihatan seperti mutiara di dalam tulang rahangnya,” katanya.

Selepas mencabutnya, mereka menemui struktur lebih besar seperti marmar hingga memaksa mereka untuk mengalihkannya. 

Bagaimanapun, ia hanya dapat dikeluarkan dengan ‘memahat’ dan keluar dalam keadaan pecah.

Bapa remaja itu, Suresh Gavai, berkata keluarganya bimbang bengkak itu petanda barah.

“Saya bimbang ia menjadi barah, sebab itu saya bawa anak saya ke Mumbai,” kata Gavai kepada akhbar Mumbai Mirror.

Dhivare-Palwankar berkata, mereka berdepan keadaan menunjukkan maksimum 37 batang gigi dibuang dalam prosedur itu, sedangkan beliau dan pasukannya mengira lebih 232 gigi dikeluarkan daripada mulut Gavai. 

Tags / Kata Kunci: gigi , Mumbai , Hospital JJ

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan