20 Maut Kereta Api Rempuh Bas Sekolah Di India - Berita Dunia | mStar

20 Maut Kereta Api Rempuh Bas Sekolah Di India

Diterbitkan: Khamis, 24 Julai 2014 9:36 PM

Bas sekolah yang dirempuh sebuah kereta api penumpang ketika melintas landasan dalam perjalanan ke sekolah. Foto AP

(Ubah saiz teks)

HYDERABAD (India): Seramai 20 orang kebanyakannya kanak-kanak maut selepas sebuah kereta api penumpang merempuh bas sekolah di Telangana, India pada Khamis.

Kereta api berlanggar dengan sebuah bas yang membawa kira-kira 30 kanak-kanak apabila ia melintasi landasan tanpa pengawasan di Telangana, sehingga menyebabkan kenderaan itu diseret dan remuk teruk.

Keadaan bas yang remuk teruk dalam kemalangan yang mengorbankan seramai 20 orang di mana kebanyakannya adalah kanak-kanak. Foto EPA

"Seramai 20 orang disahkan terbunuh dalam kemalangan di landasan kereta api itu. Ramai orang cedera parah dan dihantar ke beberapa hospital," kata jurucakap bagi Keretapi Selatan Tengah, K. Samba Siva Rao kepada AFP.

Bas itu dalam perjalanan ke sekolah ketika kejadian yang berlaku di kampung Masaipet, kira-kira 62 kilometer dari ibu negeri Hyderabad. - AFP



Tags / Kata Kunci: kereta api penumpang , bas sekolah
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan