Kotak Hitam Nahas Pesawat TransAsia Airways Ditemui

Diterbitkan: Khamis, 24 Julai 2014 8:09 PM

Seorang penyiasat sedang membuat pemeriksaan di lokasi nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas di Pulau Penghu, Taiwan. Foto XINHUA

(Ubah saiz teks)

MAGONG (Taiwan): Kotak hitam milik pesawat Taiwan yang terhempas di Magong pada Rabu sehingga mengorbankan 48 orang ditemui, kata kumpulan penyelamat pada Khamis.

Pasukan itu menjumpai dua kotak hitam iaitu perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan, yang akan membantu mendapatkan jawapan punca nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas Magong di Pulau Penghu, Taiwan berikutan cuaca buruk.

Hanya 10 orang yang terselamat dalam nahas itu.

Pesawat ATR 72-500 membawa seramai 54 penumpang dan empat anak kapal itu terhempas di kawasan perumahan di Magong dalam penerbangannya dari Kaohsiung di barat daya Taiwan, yang turut mengakibatkan lima orang awam terbunuh di tempat kejadian.

Pesawat GE222 berkenaan cuba untuk mendarat buat kali kedua selepas cubaan pertama gagal berikutan hujan lebat dan ribut petir yang disebabkan Taufan Matmo yang melanda Taiwan.

Kumpulan penyiasat sedang menyiasat punca nahas termasuk bagaimana pesawat itu dibenarkan melakukan penerbangan ketika cuaca buruk. - AFP

Tags / Kata Kunci: TransAsia Airways , kotak hitam

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan