Pesawat Air Algerie Terhempas

Diterbitkan: Khamis, 24 Julai 2014 9:53 PM

(Ubah saiz teks)

KEMASKINI

ALGIERS: PESAWAT Air Algerie yang membawa 110 penumpang yang hilang dalam penerbangan dari Burkina Faso ke Algiers terhempas pada Khamis, kata pegawai syarikat penerbangan Algeria.

"Saya boleh mengesahkan ia terhempas," kata pegawai itu kepada Reuters.

Terdahulu, syarikat penerbangan itu yang dipetik oleh agensi berita negara itu, APS berkata, perkhidmatan navigasi udara telah terputus hubungan dengan pesawat Air Algerie selepas 50 minit berlepas ke Algiers.

Seorang pegawai syarikat penerbangan itu berkata, separuh daripada jumlah penumpang merupakan warga Perancis.

Seorang wakil Air Algerie di Burkina Faso, Kara Terki pada sidang media berkata, kesemua penumpang yang menaiki pesawat itu dalam penerbangan transit sama ada ke Eropah, Timur Tengah atau Kanada.

Beliau berkata, senarai penumpang termasuk 50 warga Perancis, Burkinabe (24), Lebanon (8), Algeria (4), Luxembourg (2), Belgium (1), Nigeria (1), Ukraine (1) dan Romania (1). 



Tags / Kata Kunci: Air Algerie , terputus hubungan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan