Tewas Pilpres, Hubungan Prabowo-Hatta Retak

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 8:26 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Nampaknya kesepaduan pasangan Prabowo Subianto - Hatta Rajasa mula retak di hujung jalan.


Ketika Prabowo membuat pengumuman mengundur diri daripada proses pemilihan presiden dan menolak keputusan diumum Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia semalam, Hatta tidak dilihat mendampinginya seperti sepatutnya.

Pegawai Parti Amanat Nasional (PAN) kemudian memberi alasan Hatta mempunyai tugasan lain menyebabkan dia tidak dapat hadir mendampingi Prabowo ketika pengumuman itu dibuat.

Lebih menguatkan khabar bahawa hubungan mereka kian retak apabila kenyataan dikeluarkan Prabowo itu diedar tanpa tanda tangan Hatta.

Sementara itu pegawai kanan PAN Bima Arya berkata Hatta akan menyatakan pendirian rasminya mengenai pemilihan presiden dan keputusan diumum badan pengendali pilihan raya itu tidak lama lagi.

"Namun Hatta akan menghormati apa saja keputusan diumum pihak yang berkenaan.

"Hatta tidak bercadang menolak keputusan berkenaan, sebaliknya menerima apa saja keputusan yang terhasil daripada proses pengundian pada 9 Julai lalu," katanya.

Ditanya di mana Hatta petang semalam, Bima enggan memberi ulasan lanjut.

"Sebaiknya orang ramai menungu saja penjelasan lengkap yang akan disampaikan Hatta kemudian," katanya. 





Tags / Kata Kunci: Indonesia , Parti Amanat Nasional

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan