Ramadan 'Satukan' Penganut Hindu, Umat Islam

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 8:43 AM

(Ubah saiz teks)

TANPA diketahui ramai, sebenarnya ramai penganut Hindu berpuasa setiap Ramadan seperti penganut Islam lain.

 

Tindakan itu dibuat sebagai tanda sokongan warga India kepada penganut Islam.

Penduduk bandar Vidisha, Sunil Shrivastava berkata, dia berpuasa selama sebulan sejak 14 tahun lalu kerana ia memberi kekuatan batin kepadanya.

"Saya mendapat inspirasi amalan berpuasa selepas melihat rakan Muslim saya melakukannya.

"Pada awalnya saya berpuasa sebagai tanda solidariti tetapi selepas sehari, saya tidak menghadapi sebarang masalah dan saya memutuskan untuk terus menahan makan dan minum selama sebulan," katanya.

Walaupun menganut agama Hindu, Shrivastava berkata, dia tidak mendapat sebarang bantahan daripada keluarganya.

"Sebaliknya mereka memberi sokongan," katanya.

Penduduk Raisen di Madhya Pradesh, Mehul Kumar pula menganggap Ramadan mengajarnya mengenai disiplin.

"Saya berpuasa sejak sembilan tahun lalu ketika menghadapi masalah kesihatan.

"Seorang rakan Muslim mencadangkan supaya saya berpuasa kerana ia boleh membantu menyihatkan badan," katanya.

Di peringkat awal kata Kumar, dia cuba berpuasa selama beberapa hari.

"Tanpa makan dan minum saya tidak mengalami rasa lapar atau lemah, sebaliknya mendapat kekuatan dalaman.

"Hingga kini berpuasa menjadi amalan biasa saya," katanya.

Sejak tiga tahun lalu, kata Kumar, dia berjaya berpuasa sepanjang Ramadan.

"Kini anak saya yang berusia 17 tahun juga mula berpuasa," katanya.

Tahun ini dilaporkan lebih 150 banduan beragama Hindu di Penjara Tihar, Delhi berpuasa bersama tahanan Muslim lain. 

Pegawai penjara itu berkata, mereka bersetuju berpuasa sejak hari pertama Ramadan sehingga Aidilfitri dirayakan.

Kemeriahan juga dirasai ketika banduan Hindu dan Muslim berbuka bersama-sama dengan diselenggara pertubuhan atau individu berbeza setiap tahun.

Ahli politik tempatan di Bhopal, Nath Singh berkata, mereka menyertai amalan berpuasa untuk menjadi sebahagian daripada Ramadan.

"Setiap hari ketika berbuka, kami menjemput semua orang untuk bersama-sama," katanya.

Sementara itu di tempat lain golongan hartawan Hindu menyelenggarakan acara berbuka puasa untuk kaum muslim dan mengirim makanan ke masjid-masjid berhampiran.


Tags / Kata Kunci: Hindu , puasa , banduan

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan