Ahok Idam Dian Sastro Jadi Pembantu Urus Jakarta

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Berikutan kemenangan rasmi Joko Widodo dalam pemilihan presiden, secara automatik jawatannya sebagai Gabenor Jakarta diganti timbalannya, Basuki Tjahaja Purnama.


Secara tidak langsung berlaku satu kekosongan  jawatan bagi mendampingi Basuki atau lebih mesra dipanggil Ahok.

Menurut Basuki, dia mengharapkan seseorang tokoh yang mempunyai pengalaman memimpin mana-mana daerah sebagai pembantunya mentadbir Jakarta.

Beberapa nama disebut-sebut untuk mengisi tempat itu, termasuk Ketua Dewan Pimpinan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) Daerah Jakarta, Boy Sadikin, bekas Datuk Bandar Blitar Djarot Saiful Hidayat, bekas Datuk Bandar Surabaya, Bambang DH dan Ketua Dewan Pimpinan Parti Gerindra Daerah Jakarta, Muhamad Taufik.

"Kalau saya boleh memilih, saya suka Djarot atau Bambang kerana mereka memiliki pengalaman mengurus sebuah bandar.

“Namun jika PDI-P mencadangkan Boy Sadikin saya tidak keberatnan kerana saya pernah bekerjasama dengannya di Jakarta,” katanya.

Ahli politik Gerindra keturunan Cina itu juga tidak keberatan jika ada calon wanita dikemukakan.

“Wanita itu boleh menjadi penenang ketika saya sedang beremosi.

“Justeru jika ada, saya pilih Dian Sastro saja. Dia wanita pintar, bekas mahasiswa sosiologi,” katanya sambil ketawa.

Apabila Basuki rasmi menjadi pemangku Gabenor Jakarta tidak lama lagi, dia dan bandar raya didiami lebih 10 juta penduduk itu akan mencatat sejarah tersendiri kerana mempunyai ketua pentadbiran daripada etnik Cina.


Tags / Kata Kunci: Ahok , Gabenor Jakarta

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan